>> Sunday, August 8, 2010




Tasik Kenyir, Kuala Berang, Hulu Terengganu....

tasik ni memang cantik...banyak benda menarik & misteri mengenai tasik ni...


Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Kawasan ini memang kaya dengan flora & fauna sebab kawasan ini dulunya adalah hutan.Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing.

Sejak dari tu Kuala Berang di kenali dengan jolokan nama Bandar Bawah Tasik..

Tasik ini terdiri daripada 340 buah pulau di tengah tasik, 14 air terjun, beberapa jeram serta sungai, gua & Tasik Kenyir sememangnya menyimpan ribuan khazanah alam yang berharga.

Tasik Kenyir dan hutan belantara di sekelilingnya menjadi rumah bagi lebih daripada 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies pokok dan tumbuhan termasuk 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.Kajian terkini mendapati terdapat kira-kira 300 spesies ikan air tawar membiak di dalam Tasik Kenyir...Tasik Kenyir juga merupakan pintu masuk ke taman negara..

Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini..antara yang paling popular adalah aktiviti memancing..sememangnya tasik ini menjadi destinasi bagi kaki2 pancing..biasanya ikan kelah & ikan toman yang menjadi tarikan bagi kaki pancing ni..

GUA
Antara gua yang terkenal di Tasik Kenyir adalah Gua Taat & Gua Bewah..Gua Bewah ini sangat terkenal kerana kisah kehidupan manusia prasejarah banyak diceritakan sepanjang usia kewujudannya..banyak bukti2 peninggalan manusia prasejarah di jumpai di gua ini..


Gua Taat



Gua Bewah..suasana di dalam Gua Bewah


AIR TERJUN
Air terjun merupakan tempat yang begitu menarik dengan suasananya yang boleh mententeramkan jiwa kita ..Air terjun sudah tentunya adalah satu tempat yang amat popular sebagai kawasan perkelahan & istirehat, ketenangan dan suasana yang aman damai dengan bunyi aliran airnya yang semulajadi menanti pengunjung yang datang...Di Tasik Kenyir terdapat banyak air terjun yang begitu menarik..
Antara air terjun yang paling popular kat Tasik Kenyir adalah Air terjun Lasir..
dengan ketinggian 500 kaki, Lasir mengalir kebawah melalui celah celah batu yang bertingkat tingkat. Air Terjun Lasir seperti air terjun yang lain diTasik Kenyir diteduhi dengan daunan hijau dari kawasan teduhan hutan hujan tropika. Terdapat menara tinjau dan jambatan gantung menyeberangi air terjun sebagai satu daya penarik ke Air Terjun Lasir.


Air Terjun Lasir




Antara kawasan air terjun lain yang terdapat di Tasik Kenyir ialah :
  • Air Terjun Saok
  • Air Terjun Tembat
  • Air Terjun Pertang
  • Petuang
  • Leban Terenggannu
  • Lata Terap
  • Sungai Buweh
  • Sungai lawit

KELAH SANCTUARY

Di sini juga terdapat Kompleks Santuari menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Pusat Penyelidikan, Pusat Pembenihan, Galeri dan Akuarium..Lokasinya terletak di Sungai Petang,Tasik Kenyir 21 km daripada Pengkalan Gawi ..Pengunjung yang datang berpeluang melihat dan memberi makanan kepada ikan kelah.


PENGINAPAN

LAKE KENYIR RESORT & SPA 09-666 8888

PETANG ISLAND RESORT 09-622 1276

KENYIR SANCTUARY RESORT 09-626 6106

REMIS RAKIT 09-681 2125

LAKE LAND RESORT 019-278 2939

UNCLE JOHN RESORT 09-626 2020

PING ANCHORAGE TRAVEL & TOUR 09-626 2020



BAGAIMANA KE TASIK KENYIR


  • Dari Kuala Lumpur, gunakan lebuhraya Karak ke Kuantan Pahang.
  • Seterusnya pilih sama ada hendak melalui lebuhraya Jerangau-Jabor di wilayah Ketengah untuk sampai ke Ajil @ melalui jalan persisiran pantai Kemaman-Dungun-Kuala Terengganu..Perkhidmatan teksi & bus ada disediakan setiap hari di Hentian Pudu Raya & Putra..
  • Perkhidmatan bas ekspress Tasik kenyir ada di sediakan di Hentian Putra.ia akan membawa anda terus ke Tasik Kenyir..cara ini lebih mudah untuk ke sana.
  • Dari Penang, perkhidmatan bas ekspress dari Butterworth melalui Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, pemanduan merentasi lebuhraya Timur-barat.
  • Dari Johor laluan pesisir pantai iaitu laluan dari Mersing akan membawa anda menuju ke Pekan, Pahang @ juga boleh menggunakan lebuhraya Muazam Shah untuk ke Kemaman, Terengganu & seterusnya menuju ke Kuala Berang.

Misteri di Tasik Kenyir????
Tasik ini juga ada misterinya yang tersendiri...
kononnya tasik ini dipenghuni oleh makhluk bernama sulur bidar..aku pun tak pasti mahkluk ini tergolong dari spesis apa...adakah hantu???binatang????jin???setan???
Biasanya kaki pancing la yang biasanya terserempak dengan makhluk ni..makhluk ni hidup dalam air...dalam kepercayaan masyarakat melayu banyak gak bercerita mengenainya

Tapi yang aku banyak dengar cerita dari orang tua makhluk ni berbentuk seperti sehelai tikar...
modus operandi makhluk ni menyerang mangsa adalah dengan menggulung mangsanya & lepas tu mangsa ditarik masuk dalam air...bila masuk dalam air lemas la jawabnya..
Sesetengah pendapat ada yang menyatakan rupa bentuknya seperti seekor ular besar yang menjalar di air dan ada pula yang menyatakan ia mempunyai kepala yang bulat, rambut dipenuhi ular yang berbisa,..

kedatangannya & kemunculan dapat dikesan melalui buih2 @ pusaran yg muncul tiba2 bersama dengan daun di dasaran, daun2 yg timbul td bila diambil tak basah, maknanya daun tu kering walaupun muncul dr dasar,seperti ade sesuatu yg telah memerah @ mengeringkan daun tersebut...biasa time musim hujan selalu la muncul..

Bukti kukuh masih tiada mengenai kewujudannya...adakah ianya satu mitos????siasat sendiri la nak tahu kepastian selanjutnya...

'usah biarkan hidup anda di selebungi misteri'

0 comments:

http://urang-ulu.blogspot.com/

2010 - 2012 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda dibenarkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam blog ini untuk tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat, tanpa perlu memberitahu kepada pihak urang-ulu.blogspot.com
contact me : Urang Ulu

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP