Batu Bersurat Terengganu
>> Sunday, August 8, 2010
Memang menarik mengenai batu bersurat yang di jumpai kat daerah Hulu Terengganu.Aku nak kongsi cerita mengenainya..
Tapi versi cerita yang aku dengar dulu mengenai batu bersurat ni kononnya dulu ada seorang ulama/ahli perniagaan datang ke masjid kampung buluh kat Kuala Berang lepas tu bila beliau nak naik masuk dalam masjid beliau perasan tangga yang beliau pijak tu adalah batu dan ada tulisan tertulis kat batu tu (tapi pelik jugak takkan penduduk kampung tak perasaan ada tulisan kat batu tu)..batu tu digunakan sebagai tangga & alas untuk membasuh kaki..aku pun tak pasti betol ke tak cerita ni...tapi biasalah sejarah ni susah nak tafsir cerita ni betul ke tak sebab kita ni tiada di tempat kejadian hahaha...ada je tokok tambah untuk menyedapkan cerita,..
SEJARAH
Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.
Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu
Replika Batu Bersurat di Bulatan Ladang Kuala Terengganu..dulu kat sini diletakkan replika penyu tetapi sekarang ditukar kepada replika Batu Bersurat..
Kandungan
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.
Muka pertama
- RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
- Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
- Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
- Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
- Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
- Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
- Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
- Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
- Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
- Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
- Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Muka kedua
- Keluarga di Benua jauh kan
- Datang berikan.keempat orang berpiutang.
- Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
- Kelima derma barang orang....(mar)dika.
- Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
- Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
- Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
- Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
- Seratus ratun jika merdeka beristeri.
- Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
- Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
- Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....
Muka ketiga
- Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
- Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
- Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
- Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
- Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
- Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............
Muka keempat
- ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
- ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
- ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
- ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
- ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.
0 comments:
Post a Comment