Jagung Kuala Berang
>> Monday, August 9, 2010
Bila sebut saja Kuala Berang pasti ramai orang kat Terengganu terfikir mengenai jagung manisnya...kat sini jagungnya sangat famous kerana banyak di tanam disini....
Tapi apa yang menarik biasanya orang kat kawasan lain panggil jagung ni jagung je..Tapi biasa la loghat Kuala Berang ni special sikit bila nak sebut tu sebutannya macam ni "jagauong"...fuhhh terbelit lidah...
jagungnya sangat popular terutamanya di kampung Gaung sehinggakan terbinanya satu replika jagung kat kampung ni..sesiapa saja yang melalui jalan sepanjang kampung Gaung pasti akan nampak deretan gerai2 di tepi jalan utama & simpang tiga kat kampung ni..kampung ni sebelah je dengan kampung aku..selalu gak malam2 aku lepak dengan member kat medan selera kampung ni..jarak diantara kampung ni dengan Pekan Kuala Berang dekat je & jambatan Kuala Berang merupakan jambatan yang menghubungkannya..
Biasanya golongan veteran la yang menjual jagung & aktiviti pertanian merupakan aktiviti utama mereka...jagung ni di tanam sendiri kat tanah2 di sepanjang sungai Hulu Terengganu..kawasan ni subur & memang sesuai untuk aktiviti pertanian bukan sahaja jagung yang di tanam tapi pelbagai lagi tanaman lain seperti kacang tanah..
Sekarang ni sukar nak dapatkan jagung ni..masalah ketiadaan tanah & banjir menyebabkan hasil tanaman merosot..beberapa tahun yang lepas tanah pertanian ni telah dibangunkan untuk tujuan pembinaan loji air...aku ada gak mendengar khabar angin mengatakan penjual2 jagung ni terpaksa mengimport jagung dari tempat lain bagi menampung permintaan..harap jagung Kuala Berang dapat bertahan la & dapat mengekalkan tradisinya..
Siapa2 yang berminat boleh la datang merasai jagung kat sini..
1 comments:
1xbet - Best Bet in 1xBet - Download or Install for Android
1xbet is the best betting 바카라 사이트 app in https://jancasino.com/review/merit-casino/ the ventureberg.com/ world created for esports. It is a one of 1xbet login the safest and most trusted names among players. It offers a https://septcasino.com/review/merit-casino/ user friendly interface
Post a Comment