Hutan Lipur Sekayu/Air Terjun Sekayu

>> Sunday, August 8, 2010

Hutan Lipur Sekayu merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Kuala Berang..Aku selalu jugak datang ke sini manda manda bersama kawan-kawan..memang satu pengalaman yang tak boleh dilupakan..


Hutan lipur sekayu atau lebih dikenali juga dengan air terjun sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan hulu terengganu tambahan. Ianya berada di dalam daerah hulu terengganu, 16 kilometer dari pekan kuala berang dan 56 kilometer dari bandar kuala terengganu. Hutan lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesis tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

Di sini juga terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tapak perkhemahan, jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi.

Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan yang ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk serta aliran arusnya yang mengalir membuatkan sesiapa sahaja terpukau melihat keindahannya yang begitu mengasyikkan..

0 comments:

http://urang-ulu.blogspot.com/

2010 - 2012 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda dibenarkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam blog ini untuk tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat, tanpa perlu memberitahu kepada pihak urang-ulu.blogspot.com
contact me : Urang Ulu

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP