Latar Belakang Hulu Terengganu

>> Sunday, August 8, 2010


Kawasan Daerah Hulu Terengganu merangkumi 9 mukim yang berjumlah seluas 387,462.60 hektar. Ciri-ciri daerah adalah:
  • Sebahagian daerah adalah Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir iaitu di bawah pentadbiran KETENGAH seluas 209,199 hektar.
  • Bersempadan Negeri Kelantan dan Pahang yang mempunyai kawasan hutan hujan tropika tertua – Taman Negara Malaysia. Dalam lingkungan kawasan Central Forest Spine negara.
  • Ia menjadikan daerah ini kawasan sensitif alam sekitar - 99% tidak boleh dibangunkan.
  • Dari aspek pembangunan, terletak dalam pengaruh bandar Kuala Terengganu (30 minit/45 KM).
  • Perhubungan masa hadapan yang sangat baik dengan kewujudan Lebuh Raya Pantai Timur dan Laluan Timur Barat II menghubungkan dengan Selatan dan Barat Semenanjung.
  • Lembangan subur pertanian di Sungai Terengganu dan tumpuan penduduk di Timur (Kuala Berang/ Ajil/Kuala Telemong).
  • Kawasan Warisan Sejarah dengan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang membuktikan kedatangan Islam di Semenanjung pada 702 H (1303 M); lebih awal daripada Melaka.
  • Kawasan sejarah awal Negeri Terengganu seperti pertabalan Sultan Zainal Abidin 1 dan penentangan melawan Inggeris.
  • Bandar utama adalah Kuala Berang dan Ajil yang merupakan penempatan utama penduduk dan Kuala Berang sebagai pusat pentadbiran daerah dan perniagaan sementara Ajil sebagai kawasan industri utama dan perumahan.
  • Laluan utama semasa adalah Jalan Kuala Terengganu-Ajil-Kuala Berang dan Kuala Berang-Jerangau-Kuantan sementara Lebuh Raya Pantai Timur dan Laluan Timur Barat II dijangka siap sebelum 2012.

0 comments:

http://urang-ulu.blogspot.com/

2010 - 2012 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda dibenarkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam blog ini untuk tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat, tanpa perlu memberitahu kepada pihak urang-ulu.blogspot.com
contact me : Urang Ulu

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP