Makam-Makam Bersejarah

>> Friday, August 13, 2010

Di kuala Berang terdapat banyak makam-makam bersejarah tokoh ulama mahaupun tokoh pahlawan yang telah banyak berjasa sepanjang hidup mereka...Makam-makam yang disemadikan disini masih lagi terpelihara dengan baik..sememangnya jasa-jasa mereka sangat besar & bermakna dan mestilah dihargai oleh generasi masa kini...


Makam Tok Raja Ri
Makam ini terletak di Kampung Kuala Por kira-kira 2 km dari Bandar Kuala Berang. Beliau berkemungkinan orang yang mengisytiharkan perundangan di Batu Bersurat (Raja Mandalika). Pendapat lain pula menyatakan Tok Raja Ri seorang pendakwah dan Pembesar Istana yang datang bersama Pergisyhtiharan Batu Bersurat.





Makam Tok Pauh
Nama Tok Pauh yang sebenarnya ialah Sheikh Abdullah bin Abdul Kahar berasal dari Negeri Arab. Beliau ialah bapa kepada Tok Pulau Manis (Sheikh Abdul Malek bin Abdullah). Beliau seorang ulama yang terkenal dan adalah dijangka hayatnya dalam tahun 1960-an. Makam beliau terletak di Kampung Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang.






Makam Tok Gajah
Nama Tok Gajah yang sebenarnya Iman Rasu bin Shahrum dan gelarannya ialah Orang Kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau ialah salah seorang daripada pahlawan-pahlawan Pahang yang terlibat dalam pemberontakan di Negeri Pahang tahun 1893 - 1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu tahun 1901, beliau meninggal dunia di Kampung Pasir Nering, terletak kira-kira 8 km dari Bandar Kuala Berang.




Makam Tok Belian Mahmud
Tok Belian Mahmud dipercayai seorang pembesar dan pemerintah di Tersat. Beliau juga seorang pahlawan yang datang bersama Sultan Zainal Abidin 1 pada tahun 1726 M. Makam beliau terletak di Kampung Kemat kira-kira 13 km dari Bandar Kuala Berang.






Makam Tok Tun Indera
Tun Indera dipercayai seorang pembesar dan pemerintah Daerah serta seorang pahlawan yang datang semasa perlantikan Sultan Zainal Abidin 1 di antara tahun 1726 M. Malam beliau di Kampung Kuala Menjing, Tersat kira-kira 9 km dari Bandar Kuala Berang.






Makam Syarif Muhammad Al-Baghdad
Makam tersebut terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, di tebing sebelah kiri mudik ke Empangan Kenyir tidak jauh bersetentangan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dan dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan moyang kepada Tok Pulau manis ( Syeikh Abdul Malek bin Abdullah )

0 comments:

http://urang-ulu.blogspot.com/

2010 - 2012 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda dibenarkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam blog ini untuk tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat, tanpa perlu memberitahu kepada pihak urang-ulu.blogspot.com
contact me : Urang Ulu

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP