Empangan Tasik Kenyir/Empangan Sultan Mahmud

>> Sunday, August 8, 2010

Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik Terengganu. Ia terletak di penghujung Kampung Jenagor, Kuala Berang merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.


Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamain adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.

Spesifikasi Empangan Kenyir

Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:

  • Empangan utama: Tinggi150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari hujung ke hujung. Isipadu 15.20 juta meter padu.Aras puncak ialah 155 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi adalah 145 m maksima dan 120 m minima.
  • Takungan: luas permukaan pada 145m ialah 370 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 2,600 km persegi. Isipadu takungan ialah 13,600 juta meter padu.
  • Tandop – 4 petak.
  • Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
  • Rumah janakuasa Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan bersaiz 100 MW sebuah, 4janakuasa bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 120 MVA sebuah.Fakta menarik Empangan Kenyir adalah empangan terbesar diSemenanjung Malaysia kini.Tasik Kenyir adalah tasik paling luas dengan isipadu terbesar di Semenanjung Malaysia.


Dulu aku selalu datang ke sini selalunya pada hari Jumaat lepas balik dari solat Jumaat..pegi naik motor je dengan member2 sebab kat pintu masuk empangan ni ada air terjun..time cuti sekolah hari Jumaat ni la aktiviti aku selalu lakukan..orang kawasan sekitar panggil air terjun ni pacur..memang best mandi kat sini terjun pakai baju melayu macam tu je..biasa la masa tu budak2 lagi..bila balik rumah mula la kene marah hahahaa..


Pernah sekali aku masuk kat dalam kawasan empangan ni..itu dulu tapi sekarang ni payah sikit nak masuk sebab tahap keselamatan telah dipertingkatkan..nak masuk kat dalam tu jalan berbukit-bukit..bila sampai kat atas memang menarik pemandangannya..aku berdiri betol2 atas benteng empangan tu..memang besar benteng tu kenderaan pun boleh lalu atasnya..fuhhh pengalaman yang sangat bermakna & menarik....

0 comments:

http://urang-ulu.blogspot.com/

2010 - 2012 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda dibenarkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam blog ini untuk tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat, tanpa perlu memberitahu kepada pihak urang-ulu.blogspot.com
contact me : Urang Ulu

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP