Pattani; sebuah Palestin di Nusantara

>> Monday, August 30, 2010

28 Ogos baru2 ni, seorang lelaki bersenjata telah menembak mati dua orang wanita dan tiga lelaki di Selatan Thai..setiap minggu kes pembunuhan berlaku dan tiada kesudahannya..tahukah anda sehingga Oktober ini keganasan di Selatan thai yang majoritinya di huni oleh penduduk Melayu Islam telah mengorbankan seramai lebih 4 100 orang dalam tempoh enam tahun..dulunya patani ialah sebahagian kedah. perjanjian ingggeris -siam 1902 menjahanamkan Islam dan melayu patani.kebanyakkan mangsa2 yang menjadi sasaran adalah ketua kampung,ustaz,guru,imam,

Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu, hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian! Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat. Saudara kita di sana sedang berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?

Kronologi Peristiwa Penting :
28 April 2004- Kampung Krisek ( Kre Se ), Pattani, sekitar 106 orang remaja dan pemuda Muslim menjadi sasaran bedilan peluru. Mereka dituduh melakukan serangan ke atas pos-pos keamanan pihak keselamatan Thai menggunakan senjata tajam

24 Oktober 2004 (bulan Ramadhan)- Tragedi Tak Bai, 85 orang terbunuh akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar.

2008 – Shukri, iaitu seorang penjaga masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat dibunuh.

30 Januari 2009- Imam Awang Karim ditembak ketika menaiki tangga masjid untuk melaungkan azan solat jumaat. Arwah pernah ditangkap dan dipenjarakan diatas tuduhan-tuduhan palsu tetapi dibebaskan setelah berjaya dibuktikan tidak bersalah.

1 Jun 2009- 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat dibunuh secara kejam.


2009 – Ismail b. Che Lah (62 tahun), imam yang telah ditembak di hadapan kedainya.

24 Disember 2009- Manaf @ Mat Romin (44 tahun) dibunuh semasa dalam perjalanan ke masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat untuk mengimami solat Jumaat. Arwah meninggalkan seorang janda, Ayusah bt Lokman (38 tahun) dan 5 orang anak.

29 Disember 2009- Talib,48 tahun dari Kampung Slow, Mkm Resak, Narathiwat ditembak selepas solat isyak di hadapan rumahnya. Arwah meninggalkan seorang janda dan tiga orang anak yang masih bersekolah.

10 Februari 2010- Fauzee Y'Tok,39 tahun dari daerah Thanto,Yala diserang secara mengejut ketika sedang memandu keretanya. Dia ditembak di leher menyebabkan kenderaannya kemalangan.

24 Januari 2010- Haji Kosim b. Haji Mat Sum, imam yang juga guru qiraat ditembak di hadapan rumahnya di Kampung Latoh, daerah Kolam, Wilayah Pattani semasa hendak menghadiri kenduri arwah seorang bilal yang ditembak 2 hari sebelumnya. Arwah meninggalkan seorang janda yang sarat mengandung dan 5 orang anak kecil.

15 Februari 2010- Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun) dari Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat. ditembak ketika sedang menorah getah. Pada petang hari yang sama juga Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) telah di tembak semasa mengumpulkan getah beku. Sebelum ini suami Bardatee Laboor telah dibunuh menyebabkan dua orang anaknya yang berumur 3 tahun dan 14 bulan menjadi yatim piatu.


5 April 2010- 6 orang pelajar dan seorang tukang masak Restoran Warisan ditangkap atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengeboman semenjak tahun 2004 sehingga kini. Tuduhan tersebut masih belum ada sebarang apa-apa bukti.

19 Mei 2010 - Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung di Kg Slow, Narathiwat selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua orang kampung telah meninggal iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae (umur 28 tahun).Arwah Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah Semae (23 tahun) manakala arwah Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).

30 Mei 2010 - Sulaiman Naesa (25 tahun) telah mati ketika dalam tahanan di Kem Ingkhayutabarihan M.Bothong D.Nongcik W.Pattani. Arwah didakwa telah membunuh diri namun bukti-bukti jelas menunjukkan yang arwah telah diseksa sehingga mati.

6 Jun 2010 - Daramae Da’kek (51 tahun) telah ditembak di bahagian leher ketika menaiki motosikal sewaktu pulang dari menziarahi anaknya di Maahad Tarbiyatulwatan Melayu Bangkok, Daerah Meang Jala. Arwah merupakan seorang guru di Ma’had Al Falah Al Islami, juga bekas guru Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala. Arwah meninggal dunia sewaktu menjalani pembedahan akibat pendarahan serius. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak.



mengapa mereka berjuang?
# Pertama, Bahasa Melayu tidak dibenarkan menjadi bahasa pengantar disekolah-sekolah sehinggakan nama-nama tempat pun diubah. Contohnya, Menara menjadi Narathiwat, Tebing menjadi Taling Can dan langgar menjadi ruk. Selatan Thailand terdiri dari 5 buah negeri yang besar iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Setun. Majoriti penduduk di wilayah ini adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Secara etnik atau budaya, warga dikelima-lima buah negeri ini lebih dekat kepada Melayu daripada Siam ( Thailand ). Oleh sebab itu mereka lebih selesa berbahasa melayu.

# Kedua, Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Muslim Pattani tidak dibenarkan diajar disekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Ia bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah sebenar Pattani. Bagi pemerintah, Pattani bukan negeri Melayu, tetapi sebahagian daripada Thailand.

# Ketiga, Umat Islam dipaksa berbicara bahasa Siam. mereka tidak dibenarkan menggunakan bahasa Melayu.

# Keempat, nama mereka terpaksa ditukar menjadi nama Siam jika ingin bekerja di pejabat-pejabat kerajaan termasuk di Selatan Thailand sendiri. Nama seperti Ahmad, Yusuf, Abdul Kadir dan yang berunsur Islam dilarang jika ingin bekerja dengan kerajaan.

# Kelima yakni yang terakhir, Siam bukan sahaja menjajah, tetapi mereka juga berusaha mem'Buddha'kan orang-orang Melayu di Pattani. Di sinilah letaknya titik temu perjuangan masyarakat Pattani dengan umat Islam seluruh dunia.

hulurkan bantuan anda disini
http://amanpattani.blogspot.com/

Read more...

Pesanan To Ku Paloh

Pesanan Untuk MELAYU

“ Maka TINGGALKANLAH DUNIAMU dan BELAYARLAH MENUJU TUHANMU.

JANGANLAH SEKALI-KALI

ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAK PASTIAN ITU

BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU.

BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU

KERANA KAULAH MELAYU"



pesanan To Ku Paloh

Read more...

Dari Empayar Srivijaya Malai ke Bumi Terqanun

>> Sunday, August 29, 2010

Di Pagar Ruyung, Nakhoda Khalifah mengetuai satu ekspidisi dakwah ke Selatan Pulau Jawa di mana terletaknya pusat pemerintahan Kerajaan Buddha Sri Vijaya. Kerajaan Buddha Sri Vijaya ketika ini menaungi Fo-Lo-An (Kuala Berang) dan hampir setiap tahun Fo-Lo-An menghantar ufti kepada kerajaan ini melalui wakil yang dilantik. Setelah diIslamkan oleh Syarif Nakhoda dan angkatan Raja Minangkabau, Fo-Lo-An terus merdeka daripada Kerajaan Buddha Sri Vijaya.

Pada tahun 2001, Prof. Dr. Rusydi Hamka telah mendedahkan kepada umum tentang kajian bapanya yang tidak sempurna iaitu perihal Batu Bersurat Kuala Berang. Pendedahan ini dibuat di Dewan Auditorium IKIM lalu menarik perhatian para pengkaji. Menurut catatan peribadi Dr. Hamka yang ditulis sekitar tahun 1973, ada kemungkinan Syarif Nakhoda adalah Syarif Muhammad al-Baghdadi!! Alasan Dr. Hamka adalah... sebaik sahaja Kerajaan Buddha Sri Vijaya diIslamkan, jejak Syarif Nakhoda tidak dapat dikesan dan didapati tidak pulang kembali ke Pagar Ruyung mahupun Perlak. Kematiannya turut disiasat dan tidak menemui sebarang petunjuk tentang lokasi makam. Kajian Dr. Hamka terpaksa menelusuri ke Bumi Timur Tengah semula kerana mengandaikan ada kemungkinan Syarif Nakhoda ini telah kembali ke tanah kelahirannya. Namun turut tidak menemui asas yang kuat. Sebaliknya... watak bergelar Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah paling kukuh untuk dikaitkan dengan watak Syarif Nakhoda @ Nakhoda Khalifah @ Muhammad Nafs az-Zakiyyah @ Muhammad al-Mahdi @ Muhammad bin Abdullah al-Kamil. Kerana kedatangan Syarif Muhammad al-Baghdadi di Kuala Berang (Fo-Lo-An) sekitar abad ke-12 adalah sama hampir dengan tarikh pengIslaman Kerajaan Buddha Sri Vijaya pada tahun 1178M. Di dapati... Syarif Muhammad al-Baghdadi diiringi sebahagian pengikutnya dari Pagar Ruyung membina Kota Temir yang dipercayai berkeluasan 300 ekar (Muzium Terengganu hanya mengumumkan 30 ekar sahaja!). Bahkan salah seorang pengikutnya dikenali sebagai Raden Merih telah membuka daerah Dungun ketika itu. Berdasarkan kajian yang masih berjalan... Ada kemungkinan juga individu yang dikenali sebagai Tok Raja Ri adalah Raden Merih di mana makamnya tidak jauh daripada makam Syarif Muhammad al-Baghdadi yang diwar-warkan.

Read more...

Solomon's Temple (Haikal Sulaiman)

Daripada WAKEUP PROJECT
Bushwackk Production memepersembahkan " Solomon's Temple"

Solomon's Temple (Kuil nabi Sulaiman) sebuah siri yang akan membincangkan dengan lebih teliti mengenai asal usul & gerakan Fremason, Kabbalah, sihir @ ilmu hitam, Zionist & kaitannya dengan konflik diantara negara israel & penduduk Palestin...saksikan & sebarkan!!!


Solomon's Temple - Trailer


Episode lain boleh tgk kat sini

Read more...

Batu di Belah


Batu Belah di Sungai Kampung Jenagor, Kuala Berang, Terengganu.

Diriwayatkan bahawa batu itu masih tersergam di dalam air yang deras, Batu yang di belah dengan tangan oleh Khalifah Syarif Muhammad 1 kerana menyenangkan baginda mengambil air wuduk menjadi Lagenda Sepanjang Zaman.

Read more...

Gog & Magog (yakjuk & makjuj)

>> Saturday, August 28, 2010

Daripada WAKEUP PROJECT..

Diterbitkan oleh Bushwack
Bushwack Productions mempersembahkan Gog and Magog (Yakjuj dan Makjuj)

Siri ini akan cuba mendedahkan dan menjelaskan tentang dunia YAKJUJ DAN MAKJUJ yang tidak pernah didokumentarikan sebegini sebelum ini. Siri ini mengandungi informasi yang telah dikaji dengan secara mendalam, ia diharap dapat membantu penonton untuk lebih memahami akan dunia yang kita diami sekarang.

Ramai yang telah cuba untuk menerangkan subjek YAKJUJ DAN MAKJUJ sebelum ini, sama ada dari segi sejarah, pandangan dari agama Kristian, Yahudi, ataupun Islam, tetapi selalunya gagal untuk menjelaskan subjek ini secara terperinci.

Gog and Magog Trailer


Gog and Magog (Yakjuj dan Makjuj) Pt.1 (Pembukaan) - Malay Sub



Gog and Magog (Yakjuj dan Makjuj) Pt.2 (Zulkarnain) - Malay Sub



Gog and Magog (Yakjuj dan Makjuj) Pt.3 (Tembok dan Asal-usul) - Malay Sub



Gog and Magog (Yakjuj dan Makjuj) Pt.4 (Baitulmaqdis)
maaf..episode ini telah dibloked di youtube..


Gog and Magog (Yakjuj dan Makjuj) Pt.5 (Dengan Cara Penipuan) - Malay Sub



Gog and Magog P6 (1 of 4) - English subtitle



Gog and Magog P6 (2 of 4) - English subtitle



Gog and Magog P6 (3 of 4) - English subtitle



Gog and Magog P6 (4 of 4) - English subtitle



Gog and Magog P7 (1 of 4) - English subtitle



Gog and Magog P7 (2 of 4) - English subtitle



Gog and Magog P7 (3 of 4) - English subtitle



Gog and Magog P7 (4 of 4) - English subtitle



Gog and Magog P8 - English subtitle



Gog and Magog P9 - English subtitle



Gog and Magog - Extended P1of 2 - English subtitle



Gog and Magog - Extended P2of 2 - English subtitle

Read more...

Slavery by Consent (Perhambaan yang Dipersetujui)

Dokumentari bersiri hebat terbitan Bushwack productions daripada Wakeup Project ini bukan saja satu usaha untuk mendedahkan penipuan yang sedang berlaku pada masa lalu dan kini seperti kebanyakan dokumentari yang telah ditayangkan sebelum ini, malah siri ini cuba untuk mendedahkan komponen-komponen utama yang mungkin akan memberi kekuatan kepada kita supaya mampu dapatkan kembali kawalan, kebebasan, hak-hak, dan maruah kita hanya dengan menggunakan perkiraan yang kita selalu gunakan dalam kehidupan seharian kita, bukan hanya dengan membiarkan saja orang-orang tertentu membuat keputusan untuk kita semua.

NWO (Pemerintahan Baru Dunia) ini bukan saja akan didedahkan, malah akan cuba dibongkar. Bagi mereka yang hanya tahu mengeluh berkenaan sistem ini tetapi menolak untuk mendidik diri mereka sendiri supaya mereka dapat berdiri untuk diri sendiri dan juga orang lain, hanya akan mengukuhkan lagi sistem yang mereka cuba patahkan ini.

Siri Slavery by Consent (Perhambaan yang Dipersetujui) ini telah diterbitkan dan disunting sendiri oleh Bushwack, Bushwack Productions daripada Wakeup Project.

Semoga anda semua dapat menonton dan fahami mesej siri ini, dan yang paling penting anda SEBARKANLAH mesej tersebut demi kebaikan kita semua.

Semoga kita dicucuri rahmat daripada Allah SWT.


Slavery by Consent Pt.1 (Pembukaan) - Malay Sub



Slavery by Consent Pt.2 (Pengenalan) - Malay Sub



Slavery by Consent Pt.3 (Semuanya Berhuruf Besar) - Malay Sub



Slavery by Consent Pt.4 (Dosa) - Malay Sub



Slavery by Consent Pt.5 (Riba) - Malay Sub




Slavery by Consent Pt.6 (Pertubuhan) - Malay Sub



Slavery by Consent Pt.7 (Tahap 3) - Malay Sub



Slavery by Consent Pt.8 (Perubahan) - Malay Sub
sila klik sini untuk menonton..


Slavery by Consent Pt.9 (saya tidak izinkan)



Slavery by Consent Pt.10 (revolusi)

Read more...

Kisah Nenek Wook

>> Sunday, August 15, 2010


Dulu negara kita pernah di gemparkan dengan kisah seorang lelaki bernama Mohd Nor Musa, berusia 34 tahun, memilih Wook Kundur yang berusia 103 tahun sebagai pasangan hidupnya (umur semasa berkahwin).Nenek wook tinggal di kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang sebelah je dengan kampung mak aku..

Kisah perkahwinan mereka yang unik ini ni mendapat liputan meluas media..sampai ada pihak yang ingin mengambil kesempatan keatas pasangan ni..pelbagai janji-janji manis di janjikan ada yang nak bagi kereta, wang ringgit sebab nak siarkan kisah perkahwinan & mengambil gambar pasangan ni..

Nenek Wook mempunyai lebih 20 orang anak, berpuluh cucu, berbelas cicit. Menurut Nenek Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin..


Tapi beberapa tahun lepas berkahwin, suami Nenek Wook ditahan di Pusat Serenti & selepas 12 bulan 8 hari, suami nenek Wook di tahan..akhirnya dia dibebaskan baru-baru ni dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut ..Walau apaun yang berlaku kasih sayang nenek Wook tak pernah luntur & tetap sayangkan suaminya & berharap suaminya dapat berubah..



Nampaknya Ramadhan kali ini Nenek Wook tak sunyi lagi dah...Bolehla sambut Syawal di samping suaminya yang tersayang..



Bagaimana pun apa yang telah tersurat itulah jodoh mereka...Apa pun, semoga berbahagia dan berkekalan jodoh Mohd Nor dan nenek Wook..



Read more...

Taman Burung Kuang Ajil

Burung kuang merupakan antara spesis burung yang paling cantik di dunia..Sekarang memang sukar cari burung ni sebab faktor kepupusannya..Tapi bagi anda yang berminat,datanglah ke Taman Burung Kuang Ajil di Daerah Hulu terengganu merupakan satu destinasi menarik untuk di kunjungi. Taman Burung Kuang Ajil mempunyai koleksi burung kuang yang terbesar di Malaysia dan telah pun tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

Pemikinya Oh Huat Suwi dan anak lelakinya Siong Lai memiliki satu-satunya taman burung kuang persendirian di Malaysia dan mungkin yang terbesar di Asia Tenggara.

Taman burung seluas 0.688 hektar itu yang terletak di Ajil, sebuah pekan yang mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan dari Kuala Terengganu menghala Kuala Berang, mempunyai kira-kira 40 spesis burung kuang dan enam jenis merak yang diperolehi dari dalam dan luar negara.


Taman burung ini terletak dekat dengan Perusaharaan Sekolah Memandu (PSM) kat Ajil tempat aku ambil lesen memandu dulu.. siapa-siapa yang berminat boleh datang..kadar bayaran kanak-kanak RM 4 & dewasa RM 6..di buka setiap hari 9 am - 6 pm..




Rippon Silver



Crested Wood Partridge




Palawan Peacock Pheasant




Red Golden


TAMAN KUANG AJIL DIBUKA KEPADA UMUM. TELEFON: 609-6817358

ATAU E-mail;oh8@tm.net.my

Read more...

Makam-Makam Bersejarah

>> Friday, August 13, 2010

Di kuala Berang terdapat banyak makam-makam bersejarah tokoh ulama mahaupun tokoh pahlawan yang telah banyak berjasa sepanjang hidup mereka...Makam-makam yang disemadikan disini masih lagi terpelihara dengan baik..sememangnya jasa-jasa mereka sangat besar & bermakna dan mestilah dihargai oleh generasi masa kini...


Makam Tok Raja Ri
Makam ini terletak di Kampung Kuala Por kira-kira 2 km dari Bandar Kuala Berang. Beliau berkemungkinan orang yang mengisytiharkan perundangan di Batu Bersurat (Raja Mandalika). Pendapat lain pula menyatakan Tok Raja Ri seorang pendakwah dan Pembesar Istana yang datang bersama Pergisyhtiharan Batu Bersurat.





Makam Tok Pauh
Nama Tok Pauh yang sebenarnya ialah Sheikh Abdullah bin Abdul Kahar berasal dari Negeri Arab. Beliau ialah bapa kepada Tok Pulau Manis (Sheikh Abdul Malek bin Abdullah). Beliau seorang ulama yang terkenal dan adalah dijangka hayatnya dalam tahun 1960-an. Makam beliau terletak di Kampung Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang.






Makam Tok Gajah
Nama Tok Gajah yang sebenarnya Iman Rasu bin Shahrum dan gelarannya ialah Orang Kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau ialah salah seorang daripada pahlawan-pahlawan Pahang yang terlibat dalam pemberontakan di Negeri Pahang tahun 1893 - 1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu tahun 1901, beliau meninggal dunia di Kampung Pasir Nering, terletak kira-kira 8 km dari Bandar Kuala Berang.




Makam Tok Belian Mahmud
Tok Belian Mahmud dipercayai seorang pembesar dan pemerintah di Tersat. Beliau juga seorang pahlawan yang datang bersama Sultan Zainal Abidin 1 pada tahun 1726 M. Makam beliau terletak di Kampung Kemat kira-kira 13 km dari Bandar Kuala Berang.






Makam Tok Tun Indera
Tun Indera dipercayai seorang pembesar dan pemerintah Daerah serta seorang pahlawan yang datang semasa perlantikan Sultan Zainal Abidin 1 di antara tahun 1726 M. Malam beliau di Kampung Kuala Menjing, Tersat kira-kira 9 km dari Bandar Kuala Berang.






Makam Syarif Muhammad Al-Baghdad
Makam tersebut terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, di tebing sebelah kiri mudik ke Empangan Kenyir tidak jauh bersetentangan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dan dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan moyang kepada Tok Pulau manis ( Syeikh Abdul Malek bin Abdullah )

Read more...

Taman Pertanian Sekayu

INFO ... DARI TAMAN PERTANIAN SEKAYU, KUALA BERANG ...

Taman Pertanian Negeri, Sekayu (TPNS) adalah destinasi percutian yang menawarkan pilihan yang mampu memenuhi pelbagai citarasa. Taman ini terletak di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu. Jaraknya kira-kira 52km dari Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu dan 16km dari Kuala Berang. Ianya telah mula dibangunkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1982. Destinasi agro-pelancongan ini berlatarbelakangkan hutan semulajadi yang dihiasi dengan air terjun dan diadun dengan kawasan pelbagai jenis buah-buahan, ternakan dan ternakair. Kawasan ini menawarkan satu suasana yang nyaman lagi indah, sesuai untuk kegiatan rekreasi, beristirehat, beriadah dan pembelajaran. Dengan keluasan 85 hektar taman ini telah diberi wajah baru mulai tahun 2007. Ia menjadi satu ikon baru agro-pelancongan, eko-pelancongan dan edu-pelancongan bagi Negeri Terengganu.



Komponen Taman Pertanian Negeri, Sekayu ialah:
  1. Taman Firdaus

  2. Taman Eksotika

  3. Taman Rusa

  4. Taman Orkid

  5. Taman Ilmu

  6. Taman Rekreasi

  7. Dataran Festival


Kemudahan Taman Pertanian Negeri, Sekayu ialah:

  1. Rumah Rehat

  2. Blok Asrama

  3. Kolam Mandi

  4. Kolam Rekreasi

  5. Kolam Memancing

  6. Dewan Makan

  7. Pentas Terbuka

  8. Kawasan Perkhemahan

  9. Tandas Awam

  10. Dataran Festival

  11. Basikal

  12. Kayak

  13. Gerai Cenderahati

  14. Padang Permainan Kanak-Kanak

Read more...

Memorial Batu Bersurat

>> Thursday, August 12, 2010



Memorial Batu Bersurat terletak di Kampung Buluh, Hulu Terengganu . Ia dibangunkan sebagai suatu Peringatan tempat penemuan Batu Bersurat. Batu Bersurat ini merupakan bukti tertulis tentang pengistiharaan Islam sebagai agama rasmi bagi Negeri Terengganu malahan di Semenanjung Malaysia.

Kampung Buluh,Kuala Berang

Memandangkan tempat ini merupakan tapak yang begitu penting dalam pensejarahan negeri dan negara, adalah wajar ianya dibangunkan dan dijadikan sebagai suatu tempat kajian dan kunjugan penduduk negeri ini khasnya dan pelancong-pelancong amnya.

Adalah diharapkan dengan adanya Memorial ini lebih ramai pengkaji-pengkaji, peminat-peminat sejarah dan pelancong-pelancong akan berkunjung ke sini untuk melihat keadaan persekitaran tempat yang penting ini, disamping dapat membaca keterangan dan kenyataan yang terkandung pada Batu Bersurat.

Memorial ini direkabentuk empat persegi sama seluas 11400cm x 11400cm dan bertingkat tiga belas (13) termasuk replika Batu Bersurat yang melambangkan Rukun Iman dan jumlah daerah di Negeri Terengganu. Bahan binaannya terdiri daripada batu granite biasa dan granita hitam. Memorial ini dirasmikan oleh YAB. Dato' Sri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada 13 April, 1992.

Read more...

Tokku Pulau Manis

Nama Tokku Pulau Manis sememangnya telah begitu masyhur di kalangan penduduk Terengganu sebagai seorang ulama dan juga pejuang tanah air pada waktu penjajahan British dahulu. Namun begitu, tidak ramai yang mengenali susur galur dan juga sejarah hidup ulama Melayu ini.Nama beliau yang sebenar ialah Shaikh Abdul Malik bin Abdullah. Shaikh Abdul Malik adalah berasal dari keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi yang merupakan seorang raja di Baghdad. Kemudian beliau telah merantau ke Terengganu dan menjadi pemerintah di Terengganu yang dikenali dengan Kerajaan Temir.


Pada tahun 1650, Shaikh Abdul Malik telah dilahirkan di Kampung Pauh, Kuala Berang. Beliau merupakan putera kepada Tuanku Syarif Abdullah iaitu seorang pemerintah dan ulama kerajaan Temir pada masa itu. Beliau diberi nama Syarif Abdul Malik bin Tuanku Syarif Abdullah bin Tuanku Syarif Abdul Qahar bin Tuanku Syarif Muhammad Al-Baghdadi, pengasas kerajaan Islam pertama di Terengganu. Beliau adalah berketurunan dari nasab Rasulullah s.a.w.

Kehidupan Shaikh Abdul Malik di istana adalah juga merupakan tempat umat Islam menerima ilmu, tarbiyyah dan menjadi pusat pertadbiran kerajaan. Dalam meniti usianya di istana, beliau banyak memerhati dengan penuh teliti setiap butir perkataan dan gerak-geri ayahandanya yang merupakan sebagai gurunya yang pertama. Dari sehari ke sehari, beliau membesar di dalam suasana yang penuh seimbang antara agama dan politik yang memungkinkan beliau menjadi matang melebihi usianya. Malahan begitu, beliau juga tidak begitu berminat untuk bermain sebagaimana kanak-kanak yang seusia dengannya. Akan tetapi, beliau lebih berminat untuk mentelaah kitab, mendampingi ayahandanya dan melakukan ibadat. Hasil dari Sifat-sifatnya yang mulia dan daya intelektualnya yang bijak itu telah memperlihatkan yang beliau akan menjadi seorang pemimpin yang hebat pada suatu masa nanti. Ia bukan sahaja terlihat dalam bidang agama dan kerohanian tetapi juga dalam soal pentadbiran dan kepimpinan.

Atas didikan dan pengawasan yang penuh kasih sayang dari kedua-dua ibu bapanya, tambahan pula dengan perihal dirinya yang amat menarik, dengan tubuhnya yang sederhana dan wajahnya yang menarik membuatkannya menjadi sanjungan dan perbualan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, beliau mempunyai perwatakan yang halus budi pekerti, amat kuat ingatan, cintakan ibadah dan suka bersendirian yang menjadikannya lebih dipandang tinggi oleh penduduk setempat. Apabila beliau semakin menginjak dewasa, beliau disuruh pula oleh ayahandanya mengikuti bapa saudaranya yang bernama Ismail untuk sama-sama pergi berniaga. Ia bertujuan agar beliau dapat meluaskan pandangannya melalui pemerhatian dan pengalaman yang dilaluinya.

Setelah sekelian lama menuntut ilmu dengan ayahandanya dan juga ulama tempatan, Shaikh Abdul Malik disuruh pula oleh ayahandanya belayar ke Aceh untuk menuntut ilmu di sana yang juga lebih dikenali sebagai Serambi Mekah, merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu di Nusantara bahkan juga tempat pengajian pertama sebelum seseorang itu melanjutkan pelajaran ke Mekah. Dalam usianya seawal 20-an, beliau telah meninggalkan tanah airnya dan belayar ke Aceh bersama dengan sahabat-sahbatnya. Di sana, Shaikh Abdul Malik telah berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri yang juga dikenali sebagai Tok Shaikh Kuala yang merupakan ulama besar di Nusantara pada waktu itu.

Apabila Shaikh Abdul Rauf melihat keadaan beliau yang telah dapat menguasai beberapa ilmu seperti hadith, tafsir, nahu, saraf, fiqh dan tasawuf dengan baik, beliau pun dibaicah oleh Shaikh Abdul Malik dengan tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk melakukan suluk bersama dengan tiga muridnya yang lain iaitu Shaikh Yusuf Khalawati al-Mankatsi dari Bugis Mekasar, Shaikh Abdul Muhyi Pamijihan dari Cerebon Tegal dan Shaikh Burhanuddin Ulakkan dari Sumatera Barat. Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga tercapai beberapa maqam padanya. Akhirnya, Shaikh Abdul Malik telah dilantik sebagai khalifah tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk mengembangkannya di Terengganu apabila pulang ke negerinya.

Setelah sekian lama menuntut ilmu dengan Shaikh Abdul Rauf dan telah selesai dalam pengajiannya di bawah bimbingan gurunya itu, Shaikh Abdul Malik diperintahkan oleh gurunya itu untuk menyambung pengajiannya di Mekah dan Madinah. Pada usia sekitar 30-an, beliau dan beberapa orang sahabatnya telah belayar ke Mekah setelah mendapat keizinan dari gurunya. Di Mekah, Shaikh Abdul Malik telah berguru dengan ulama-ulama yang besar dan salah seorang darinya ialah Shaikh Ibrahim al-Kurani yang merupakan guru kepada Shaikh cAbdul Rauf Singkel dan pengganti kepada Shaikh Ahmad Qusyasyi.

Pada tahun 1690 M, gurunya iaitu Shaikh Ibrahim al-Kurani telah kembali ke RahmatuLlah. Pemergian gurunya yang dikasihi itu amat dirasai tambahan pula gurunya itu juga amat kasih kepada dirinya selama beliau menuntut bersamanya. Pada usianya menjangkau 40 tahun, Syarif Abdul Malik kembali ke tanah airnya. Setibanya beliau di pelabuhan di Kuala Berang, Shaikh Abdul Malik telah disambut oleh ahli keluarganya dan rakyat jelata. Apabila melihat keadaan diri ayahandanya yang telah uzur, beliau menyedari bahawa tanggungjawab berat yang bakal dipikulnya makin hampir.

Setelah beberapa bulan pulang dari Mekah, ayahandanya telah menjodohkan Shaikh Abdul Malik dengan Puteri Mahpuri, anak kepada seorang pembesar yang berasal dari kerabat Diraja Johor yang kemudiannya telah menetap di Terengganu, iaitu di Kampung Batu Hampar. Mertuanya bergelar Tok Raja Lila.

Selepas berkahwin, beliau telah membawa isterinya ke istananya di Kota Tamir. Perkahwinan mereka adalah berdasarkan iman dan kasih sayang. Mereka dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Dari perkahwinan yang dalam suasana iman, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu tiga lelaki iaitu Badaruddin, Imam Yusuf, dan Haji Yaakob (Tok Bongkok) serta seorang anak perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Tok Pulau Manis tiada anak perempuan. Walhal, yang berkahwin dengan Sultan Zainal Abidin 1 itu adalah anak angkat Tok Pulau Manis yang dipelihara selepas kematian ayahnya, Wan Ismail Datu.


Setelah ayahandanya mangkat, Shaikh Abdul Malik telah dilantik menjadi pemerintah kerajaan Islam Temir ketika itu. Beliau menerima tanggungjawab itu dengan perasaan yang amat berat. Bebanan tanggungjawab yang diterimanya itu membuatkannya menjadi semakin sibuk. Banyak urusan yang terpaksa dilakukannya telah memungkinkan beliau merasa tidak senang duduk. Jiwanya yang lebih cenderung kepada mengajar, berdakwah, mengarang dan beruzlah telah meresahkan lagi hatinya. Setelah beliau bermunajat kepada Allah dan memohon petunjuk daripadaNya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk mencari pengganti dirinya.

Setelah itu, Shaikh Abdul Malik pun bermesyuarat dengan para pembesarnya dan menyatakan hasratnya yang ingin turun takhta dan menggantikannya dengan Tun Jenal yang merupakan anak seorang pembesar Johor pada ketika itu dan juga muridnya sendiri. Para pembesar menerima permintaan Shaikh Abdul Malik. Namun, mereka telah meletakkan dua syarat kepada beliau. Pertama, Shaikh Abdul Malik mesti tetap menjadi penasihat dan guru kepada istana. Kedua, Tun Jenal dikehendaki mengahwini puterinya Siti Zubaidah untuk memastikan keturunannya terus memerintah di Terengganu.

Dalam usia sekitar 80-an, Tok Pulau Manis banyak menumpukan kepada mengajar, mengarang kitab dan menyebarkan tarekat Shatariah. Anaknya yang bernama Badaruddin telah diangkat menjadi Shaikh tarekat Shatariah dan telah diizinkan untuk membaicah dan membimbing suluk para muridnya.

Dari sehari ke sehari, kesihatannya mula terjejas dan menjadi semakin tenat dan uzur. Beliau banyak menghabiskan usianya yang ada dengan berkhalwat dengan Allah Taala. Setelah dirasakan kesihatannya semakin bertambah buruk, beliau pun telah menghimpunkan ahli keluarganya, murid-muridnya serta penduduk tempatan, beliau telah berpesan agar mereka kuat berpegang dengan ajaran agama dan hendaklah menyebarkan segala ilmu yang ada serta dipesan agar menjaga negeri Terengganu dengan cara memberi ilmu kepada rakyat dan jangan dijauhi orang-orang yang jahil.

Pada pagi Jumaat di tahun 1736 M/ 1149 H, Tok Pulau Manis telah pulang ke Rahmatullah dalam usia 86 tahun. Berita kematian Tok Pulau Manis itu telah tersebar ke pengetahuan istana raja, maka bergegaslah Sultan Zainal Abidin 1 dan para pembesarnya ke kampung Pulau Manis untuk menziarahi jenazah ulama dan wali Allah itu buat kali terakhir. Selepas jenazahnya disembahyangkan, jasadnya disemadikan kemudian jenazahnya dibawa ke makan dengan diiringi sultan, para pembesar dan rakyat jelata. Setelah itu, Sultan Zainal cAbidin 1 telah memerintahkan agar pembinaan makam Tok Pulau Manis dengan diletakkan batu ’bereluk’ di sekelilingnya. Makamnya juga hendaklah ditutupi dengan kain kelambu berwarna kuning.



makam Tok Pulau Manis

Read more...

Sejarah Kedatangan Islam (Empayar Suci Islam Temir)

Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.

Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.



Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam.

Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi.

Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.Dipercayai juga beliau adalah berketurunan dari nasab Rasulullah s.a.w.

Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.

Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Empayar Suci Islam Temir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar.Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat.Namun tidak ramai orang mengetauhi kewujudan kerajaan ini pada masa sekarang kerajaan sejarah kerajaan ini telah digelapkan oleh pihak penjajah..


Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.

Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.

Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.

Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.

Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal.

Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.

Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu.

Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.

Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.

Read more...

Sejarah pentadbiran

Daerah Hulu Terengganu merupakan salah satu daripada tujuh daerah Negeri Terengganu Darul Iman.Terletak di Kawasan Pendalaman Negeri Terengganu dan bersempadan dengan 2 negeri iaitu Pahang dan Kelantan dan 5 daerah di Negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Setiu, Besut Marang dan Dungun. Daerah ini merupakan daerah yang terbesar di Negeri Terengganu iaitu meliputi kawasan seluas 3,875 km persegi. Pusat Pentadbiran daerah ialah Pekan Kuala Berang yang terletak kira-kira 40 km dari Kuala Terengganu. Ia boleh dihubungi melalui jalanraya daripada Kota Bharu, Kuantan dan Kuala Terengganu.Bancian penduduk mengikut Datas Asas 2002 keluaran UPEN, jumlah penduduk daerah ini adalah seramai 66406 orang dan majoritinya 97.54 % adalah terdiri daripada Kaum Melayu. Kadar kepadatan penduduknya 17 orang / km persegi. Bilangan mukim sebanyak 9 mukim yang mengandungi 95 buah kampung tradisional dan sebuah perkampungan orang asli.

Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu terletak di Pekan Kuala Berang. Bangunan ini dibina di atas tanah seluas 19,927 meter persegi ( 1,9927 hektar ) dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al - Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 14 Oktober 1997 bersamaan 12 Jamadil-Akhir 1418. Bangunan ini mula dibina pada 15 Oktober 1994 dan siap pada awal tahun 1997 dengan kos sebanyak RM 5.23 juta. Bangunan 4 tingkat ini mula diduduki pada 5 Jun 1997. Sebelum ini Pejabat Daerah dan Tanah beroperasi di bangunan lama berhampiran dengan Jambatan Sultan Mahmud Kuala Berang yang mana bangunan ini sekarang diduduki oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Perlantikan penasihat British telah membawa kepada penyusunan pentadbiran dan pengenalan serta penguatkuasaan peraturan baru. Terengganu telah dibahagikan kepada tiga jajahan iaitu Jajahan Timur, Jajahan Tengah dan Jajahan Barat Jajahan Tengah terdiri daripada Kuala Terengganu, Kuala Berang dan Marang. Pusat pentadbirannya ialah Kuala Terengganu.
Pada tahun 1922 telahpun wujud Pejabat Daerah di Kuala Terengganu, pentadbirannya merangkumi kawasan Kuala Ibai, pedalaman Terengganu seperti Kuala Telemung dan Hulu Telemung serta Kuala Berang. Apabila Pejabat Daerah Kuala Berang ditubuhkan pada 24 Ogos 1922 melalui pemberitahuan kerajaan Terengganu bil.5/1361 Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu pada 4 Rabiul Akhir 1361 kawasan pedalaman yang sebelum ini terletak dibawah bidang kuasa Pejabat Daerah Kuala Terengganu telah dipisahkan dan daerah ini dipanggil Kuala Berang. Kawasan pentadbirannya adalah meliputi Kuala Telemung, Tersat, Tanggul, Jenagor, Hulu Berang, Hulu Telemung dan Kuala Berang. Pentadbiran daerah dimasa itu diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Kuala Berang dan beliau juga bertugas sebagai hakim di Mahkamah Kuala Berang.

Read more...

Sejarah Kesultanan Terengganu

>> Wednesday, August 11, 2010

Sejarah Kesultanan Terengganu sebenarnya diasaskan di Kampung Tanjung Baru,Kuala Berang, Hulu Terengganu..

Kesultanan Sultan Terengganu

  • 1708 - 1733: Tun Zainal Abidin
  • 1733 - 1794: Sultan Mansur I
  • 1794 - 1808: Sultan Zainal Abidin II
  • 1808 - 1830: Sultan Ahmad
  • 1830: Sultan Abdul Rahman
  • 1830 - 1831: Sultan Daud
  • 1831 - 1837: Sultan Mansur II
  • 1837 - 1839: Sultan Muhammad
  • 1839 - 1876: Baginda Omar
  • 1876 - 1881: Sultan Ahmad Shah II
  • 1881 - 1918: Sultan Zainal Abidin III, putera Sultan Ahmad Shah II ;
  • 1918 - 1920: Sultan Muhammad Shah II
  • 1920 - 1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
  • 1942 - 1945: Tengku Ali
  • 1945 - 1979: Sultan Ismail Nasaruddin Shah
  • 1979 - 1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
  • 1998 - kini: Sultan Mizan Zainal Abidin

Pengasas Kesultanan Terengganu hari ini ialah Sultan Zainal Abidin 1. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Padang Saujana). Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk (Raja Tua) di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain menyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chau Yang, Raja Patani.

Mengikut Hikayat Johor Serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar tahun 1688. Ketika berada di Patani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Patani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708, berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 tidak lama bersemayam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, Langgar dan Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (Kota Lama).

Sultan Zainal Abidin 1 digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur (Sultan Mansur I) pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah 1 berkahwin dengan Raja Bulang, anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor kedua. Berikutnya berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur 1 telah menghabiskan empat belas tahun (1746 - 1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus (Yang DiPertuan Kelantan), putera Long Sulaiman ibni Long Bahar menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur digantikan oleh putera baginda Sultan Zainal Abidin II (1794 - 1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Muhammad ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad (1808 - 1830), Sultan Abdul Rahman (1830), Sultan Daud (1830-1831), Sultan Mansur II (1831 - 1837), Sultan Muhammad (1837 - 1839), Baginda Omar (1839 - 1876). Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahu 1831 menggantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan dari takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876 - 1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918 - 1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 - 1942).

Menurut Warta Cahaya Timor No.38 bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulong baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu 1911.

Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ismail diisythiarkan sebagai Sultan Terengganu pada 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sultan Ismail Nasiruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke-6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasiruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang DiPertuan Muda Tengku Mizan.

Read more...

Sajak Orang Hulu Terengganu

Kat tempat aku tinggal daerah Hulu Terengganu ada seorang penyajak dan juga pelakon teater yang terkenal. Namanya Ibrahim Mohamed Taib. kadang2 orang panggil dia ibrahim hulu.

Ibrahim dengan style bahasa Hulu Terengganu baca sajak memang syok habis,.Bila dia start je baca sajak fuh memang dengan bahasa Hulu Terengganu tu pening kepala sampai orang Terengganu sendiri tak faham..Biasanya orang Hulu Terengganu faham la...bahasa yang digunakan memang asli dan klasik huhuuhu..sebab ini lah Hulu Terengganu ni begitu unik berbanding dengan daerah lain kerana bahasa pertuturan ni merupakan trademark nya hahaha..

Dulu kat tempat aku study ramai gak member satu negeri selalu gak perli aku sebab aku ni berasal dari Kuala Berang @ nama jolokan Bandar Bawah Tasik (pekan yang famous kat Hulu Terengganu) kononnya aku ni orang hulu la duduk dalam kawasan pendalaman..dorang selalu gak ajuk2 cakap hulu..tapi lantak dorang la aku buat bodo je..macam la dorang tu bagus sangat...tp yang penting aku bangga hahaha menjadi salah seorang warga Hulu Terengganu..walau apa pun "aku tetap urang ulu.."

* aku guna bahasa standard kalau aku guna bahasa Hulu korang haram tak faham apa aku tulis..


Jom layan sajak

Mok aku nok tubaik (mak aku nak keluar)
Sajak yang mengisahkan tentang seorang penagih dadah yang terperingkup di dalam penjara.






Jadilah awang
Sajak yang mengisahkan tentang seorang bapa yang menasihati seorang anaknya yang seorang penagih dadah.


Read more...

Sembahyang Jumaat dalam gereja

>> Tuesday, August 10, 2010


"Sebuah Gereja Katolik berubah menjadi sebuah masjid setiap hari Jumaat, untuk membolehkan penganut Islam menunaikan sembahyang Jumaat. Dalam kariah gereja Our Lady of Assumption of Ponzano Veneto berhampiran Venice, sebuah bandar romantik Itali, dewan utamanya diubahsuai untuk kegunaan sembahyang Jumaat. Ketua paderi kariah gereja tersebut, Don Aldo Danieli, 71, menegaskan, "Tak berguna bercakap tentang dialog antara agama kalau kita tidak membuka pintu untuk mereka. Pope John Paul II selalu mengucapkan, 'wahai saudara-saudara Muslim'. Kenapa kita harus menutup pintu gereja untuk mereka?

Terdapat kira-kira 11,500 orang penduduk di Ponzano, dengan jumlah keluarga imigran sebanyak 232 menjadikan jumlah kasar penduduk Islam sekitar 650 orang. Kebanyakan mereka datangnya dari Negara-negara Afrika Utara dan Eropah Timur. Dua tahun lalu, Don Aldo memutuskan untuk membenarkan imigran-imigran Muslim menggunakan beberapa bahagian dalam gereja. Pada setiap hari Jumaat, purata kehadiran penganut islam untuk bersembahyang adalah sebanyak 200 orang. Tapi dalam bulan Ramadan, jumlahnya meningkat ke 1000-1200. “Mereka minta kebenaran dan saya kata ya, lagipun, bahagian dapur dan dewan dah penuh dengan sarang labah”.

Keputusan Don Aldo itu telah menimbulkan rasa tidak puas-hati di kalangan beberapa orang ahli kariah. Terdapat juga bantahan di kalangan bishop tempatan dan paderi yang sampai ke pengetahuannya. “Saya belum lagi meminta kebenaran dari bishop, kerana pada saya ia adalah satu bentuk kebajikan. Kebenaran tak diperlukan untuk buat kebajikan. Selain dari itu, saya lebih tua dari bishop tersebut dan juga, pernah menjadi professor beliau di seminary (sekolah paderi). Sekalipun jika dia melarang saya, saya tidak akan berganjak,”kata Don Aldo dalam nada tegas. Dia tidak ragu-ragu untuk berkata, “Orang Islam yang bersembahyang adalah lebih baik dari orang Kristian yang tidak sembahyang. Anda silap jika menggelar saya seorang yang bersikap perkauman,”. Dalam masa dua tahun yang lalu, Don Aldo telah menerima email dan surat –surat yang menasihati beliau supaya “terus kekal bersama jamaah kariahnya”. Menurut Don Aldo lagi, “pope menggesa supaya pintu dibuka untuk Nabi Isa: Nabi Isa juga berada bersama orang Islam.”

Akhir-akhir ini, Itali menjadi destinasi kegemaran imigran terutamanya, dari kalangan beragama Islam dari Afrika Utara dan Eropah Timur. Berhubung dengan situasi ini, masyarakat awam mempunyai pendapat yang berbeza. “Akhirnya, satu isyarat jelas tentang keterbukaan dan penerimaan’, kata seorang dari mereka. “Tak guna untuk bercakap tentang keterbukaan dan kemudian tidak mengamalkannya apabila diri sendiri mempunyai prasangka. Paderi begini membuat kami percaya tentang masa depan,” tulis yang lain. “Perkara yang paling menyedihkan ialah apabila bilangan jemaah pada hari Jumaat lebih ramai dari jemaah hari Ahad”, komen yang lain. “Harap-harap pastor tidak masuk Islam”, sindir seorang lagi. Sungguhpun begitu, majoriti orang awam menyokong pastor Don Aldo. Dalam arus perubahan globalisasi, Itali beransur-ansur dapat membiasakan diri dengan imigran-imigran yang berlainan agama dan budaya. Kes-kes seperti ini telah membawa kepada bertambahnya perdebatan tentang integrasi dan imigrasi di peringkat kawasan dan kebangsaan, dan ini sangat penting bagi Itali, yang mana di dalamnya terletak Jantung Agama Kristian.

Source : Islamic Bulletin
Secebis harapan : Wahai pembaca budiman, Berita Islam Global (BIG) memerlukan sokongan anda bagi meneruskan usaha-usaha mengeluarkan berita-berita berkualiti dan terkini. Justeru itu, korbankan sedikit tenaga anda untuk klik di mana-mana ruang iklan (jika ada) sebelum keluar dari blog ini. Kesudian anda didahului dengan jazakallahu khairan kasira.







A Catholic Church turns into a mosque every Friday, to enable the Muslim believers to offer their Jumha prayers. In the parish of Our Lady of Assumption of Ponzano Veneto near Venice, the romantic city of Italy, the main hall is converted for use for Jumah prayers.The pastor of the parish, Don Aldo Danieli, 71, affirms, "It's useless to speak of religious dialogue and then bang the door on their face. Pope John Paul II addressed them as, 'dear Muslim brothers'. How can we close our church doors to them?"
At Ponzano, there live some 11,500 people of whom 232 families are immigrants, making their number roughly 650. These are mainly immigrants from North African countries and Eastern Europe. Two years ago, Don Aldo decided to open the doors of the church to these Muslim immigrants and keep a portion of his own parochial house, including a kitchen at their disposal. On Fridays, an average of 200 Muslim believers gather in the church and offer prayers. But in the month of Ramadan, the number swells to 1000-1200. "They requested me and I said yes, moreover, the kitchen and hall were a home for spiders".


The decision of Don Aldo has disturbed the peace of mind of more than a few parishioners. The protests of even the local bishop and priests have reached his ears. "I haven't asked the express permission of the bishop, because it's an act of charity. No permission is needed to do charity. For the rest, I am older than the bishop and been his professor in the seminary too. Even if he had prohibited me, I wouldn't be obliged to obey him," Don Aldo is firm in his resolve. He does not hesitate to proclaim, "Better praying Muslims than non praying Christians. If you brand me a racist, you are wrong". In the last two years Don Aldo has received a number of emails and letters advising him to "remain with his own flock". Don Aldo has taken into confidence the Parish Pastoral Council and is unrelenting. "The pope has exhorted to open wide the doors to Christ: Christ lives in Muslims too."


Italy, of late, has been a favorite destination for immigrants, especially for North African and Eastern European Muslims. The public opinion with regard to immigrants is divided. "At last, a tangible gesture of openness and acceptance", comments one. "It's useless to preach openness and then hold on to one's own prejudices. This priest makes us trust in the future," writes another. "The saddest thing is that the church of Our Lady of Assumption has a larger congregation on Fridays than Sundays", comments another. "Hope one day the pastor does not convert himself to Islam", quips another. Yet the majority is supporting the gesture of the pastor, Don Aldo.


In the changed circumstances of globalization, Italy is slowly getting used to immigrants of religions and cultures other than Christian. Cases like Don Aldo's give rise to regional and national debates on integration and immigration, which are so important to a country in which the Heart of Christianity is situated.

beritaislamglobal.blogspot.com

Read more...
http://urang-ulu.blogspot.com/

2010 - 2012 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda dibenarkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam blog ini untuk tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat, tanpa perlu memberitahu kepada pihak urang-ulu.blogspot.com
contact me : Urang Ulu

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP