MAMPAT Seru Boikot Pesta Konvokesyen Unisza....

>> Saturday, July 31, 2010



Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) melahirkan rasa dukacita yang teramat kerana 'Pencabulan' yang dilakukan oleh Pentadbiran sempena Pesta Konvokesyen Unisza yang dulunya terkenal dengan nama KUSZA.

MAMPAT sangat kecewa kerana 'Kegemilangan' KUSZA pada suatu ketika dahulu sebagai tempat melahirkan Ulama, kini telah dicabul dan dengan melahirkan pelbagai aktiviti maksiat yang mengundang 'dosa dan bala' ALLAH. Daripada 11 aktiviti yang diwawarkan sempena Pesta Konvokesyen, 7 daripadanya mengundang Maksiat dan dosa.

MAMPAT sangat terkilan, kerana pihak poentadbiran Unisza telah bertindak membelakangkan nilai Islam dan menggalakkan 'dosa' serta 'lagho' sempena Pesta Konvokesyen.

MAMPAT menyeru semua Rakyat Terengganu yang cintakan Islam dan sayangkan Almarhum Tuanku Sultan Zainal Abidin untuk memboikot Pesta Konvokesyen 2010 kerana unsur-unsur maksiat di dalamnya yang berlebih-lebihan. Hilang sudah kemegahan Institusi Agama terkenal di bumi Darul Iman.

sumber mampat

0 comments:

http://urang-ulu.blogspot.com/

2010 - 2012 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda dibenarkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam blog ini untuk tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat, tanpa perlu memberitahu kepada pihak urang-ulu.blogspot.com
contact me : Urang Ulu

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP